13 Ogos 2026 – SSTC berbesar hati menerima kunjungan guru pengiring dan pelajar Program Kimpalan dari Kolej Vokasional Kudat bagi satu lawatan dan perkongsian yang memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang pembelajaran, kemahiran dan kerjaya.
Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Sharlene sebagai wakil daripada SSTC, diikuti dengan ucapan daripada Ketua Rombongan, Ts. Mohammad Ridzuan. Kunjungan ini turut disertai oleh guru pengiring, Puan Izzatul Shahidah dan Puan Rozalin Danis.
Para pelajar kemudiannya mengikuti perkongsian Career Talk oleh Puan Ernie yang memberi pendedahan mengenai dunia pekerjaan, perkembangan industri serta kepentingan membina kemahiran yang relevan untuk masa hadapan.
Lawatan diteruskan dengan menerokai fasiliti SSTC, termasuk Bilik Seminar, Makmal Komputer, Simulator Pemanduan Berhemah, Bengkel Kimpalan dan kemudahan AR/VR. Melalui lawatan ini, para pelajar berpeluang melihat sendiri kemudahan latihan serta mendapatkan gambaran mengenai persekitaran pembelajaran berasaskan kemahiran.
Semoga lawatan ini dapat memberikan inspirasi serta membuka perspektif baharu kepada para pelajar dalam meneroka peluang pembangunan kemahiran dan persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan.
Terima kasih kepada guru pengiring dan para pelajar Kolej Vokasional Kudat atas kunjungan ke SSTC. Semoga pertemuan ini menjadi satu pengalaman yang bermanfaat dan membuka ruang untuk lebih banyak peluang kerjasama pada masa akan datang.




