SSTC turut mengambil bahagian dalam Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2026 Zon Sabah yang berlangsung pada 21 hingga 22 September 2026 di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Sepanjang karnival, SSTC berpeluang memperkenalkan program, kemudahan dan inisiatif berkaitan pembangunan kemahiran serta teknologi kepada para pengunjung. Pengalaman AR/VR yang disediakan di reruai SSTC turut menarik minat para pengunjung, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah yang berpeluang mencubanya sendiri.
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YB Datuk Rina Haji Jainal, Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, yang dalam ucapannya turut menekankan kepentingan teknologi dalam memudah dan meningkatkan kualiti kehidupan seharian.
Turut hadir menyerikan majlis penutupan ini ialah Yang Berusaha Encik Abdullah bin Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Yang Berbahagia Datuk Hassan bin Mahali, Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, serta Yang Berbahagia Prof. Dr. Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang telah berkunjung ke reruai SSTC sepanjang Karnival Minggu Sains Negara 2026 Zon Sabah!




