31 Julai – 01 Ogos 2026 | Sabah International Convention Centre (SICC)
Sabah TVET Fest 2026 yang bertemakan “TVET di Era Dominasi AI” telah berlangsung dengan jayanya di Sabah International Convention Centre (SICC) pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2026.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Jordan Jude Ellron, Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah, yang mewakili Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Sabah, Yang Berhormat Datuk James Ratib.
SSTC turut berbesar hati menerima kunjungan YB Jordan Jude Ellron ke reruai kami, yang menampilkan teknologi AR/VR menggunakan Meta Quest 3 sebagai tarikan utama. Pengunjung turut berpeluang melihat sendiri bagaimana teknologi imersif dapat dimanfaatkan dalam pembelajaran, latihan dan pembangunan kemahiran TVET.
Terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa mengunjungi reruai SSTC sepanjang Sabah TVET Fest 2026. Sokongan anda amat bermakna dalam usaha kami memperkasakan pembangunan modal insan dan mempromosikan TVET sebagai pilihan untuk masa depan yang lebih cemerlang.




