Sabah International Blue Economy Conference (SIBEC 2024)
19-20 Oktober 2024
Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)
—-
Sabah International Blue Economy Conference (SIBEC 2024) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 19 Oktober 2024.
Persidangan yang berlangsung selama dua hari itu membincangkan potensi besar ekonomi biru , kelestarian alam sekitar , serta peluang pertumbuhan ekonomi maritim yang mampan di Malaysia, khususnya di Sabah. Fokus utama adalah untuk memelihara kesihatan ekosistem lautan serta memanfaatkan sumber laut secara mampan untuk pembangunan masa hadapan .