sstc-logosstc-logosstc-logosstc-logo
  • About Us
    • Company Profile
    • Management Council
    • Our Members
    • Membership
  • Youth Training
    • Youth (Graduates Program)
    • Youth (School Leavers Program)
    • How To Apply
  • Corporate Training
    • List of Training Programs
    • Training Calendar
    • Online Registration
  • Centre Facilities
    • Facilities Rental
  • News
  • Gallery
  • Downloads
  • Contact Us
✕

Majlis Ikrar Bebas Rasuah 2024

Majlis Ikrar Bebas Rasuah Sabah Skills & Technology Centre
05 Jun 2024

5 Jun 2024, Kota Kinabalu – Yang Dihormati Tuan PKPj. Alexander S. Kunghi Timbalan Pengarah Pencegahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berbesar hati dan menyaksikan Majlis Ikrar Bebas Rasuah kepada kakitangan-kakitangan Sabah Skills & Technology Centre yang terlibat. Seramai 17 orang kakitangan daripada pengarah sehingga ke kakitangan perkhidmatan sokongan turut hadir untuk menjayakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah.

 

Majlis Ikrar Bebas Rasuah ini merupakan salah satu inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah dilaksanakan bermula pada tahun 2017 bagi memberi penekanan dan meningkatkan iltizam untuk kakitangan penjawat awam dan swasta menjauhi dan membebaskan diri dalam sebarang perbuatan yang menjurus terhadap rasuah. Ikrar Bebas Rasuah ini telah dijalankan di pelbagai kementerian, jabatan dan agensi-agensi Kerajaan dan kini tiba masanya giliran Sabah Skills & Technology Centre (SSTC) yang merupakan agensi dibawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah mengambil Langkah proaktif turut sama berikrar dan komited untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam keseluruhan pengurusan dan operasi di SSTC.

 

Turut hadir dalam Majlis Ikrar Bebas Rasuah ini adalah Pengerusi Majlis Pengurusan Sabah Skills & Technology Centre, Yang Berbahagia Datuk John Choo dan Penolong Pegawai Siasatan SPRM Tuan Muhamad Darvin Nanang. Diharapkan tahun 2024 merupakan Langkah tahun pertama SSTC dapat menganjurkan aktiviti seperti ini dalam membanteras dan memerangi perlakuan gejala yang boleh menjurus kepada perlakuan rasuah dan kakitangan dapat menjaga nama baik SSTC serta Kementerian selaras dengan visi, misi SSTC serta Kementerian  dapat dicapai.

SPRM Sabah
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah
Share

Related posts

March 26, 2025

SSTC & EPOMS DEVELOP STRATEGIC COLLABORATION FOR FUTURE SKILLS DEVELOPMENT


Read more
March 13, 2025

Majlis Tamat Latihan Program Teknologi Kimpalan (SMAW) 2025


Read more
March 13, 2025

OFFICIAL LAUNCH AND COMMENCEMENT OF THE EU-ILO-UNICEF-SSTC PARTNERSHIP INITIATIVE


Read more
© 2022 Sabah Skills & Technology Centre. All Rights Reserved.
Website Visitors : 169,315