(ALUMNI CULINARY BATCH 2019/2020)
Faustina Justice merupakan anak jati borneo yang berasal daripada Limbang Sarawak yang melanjutkan pelajaran di Sabah Skills and Technology Centre. Usaha beliau untuk membanggakan ibu bapa dan keluarga sangat terserlah apabila beliau menamatkan pengajiannya di kolej ini dan meneruskan kerjayanya dalam bidang yang dia ceburi sekarang ini. Beliau juga berterima kasih kerana diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran di SSTC dan beliau mendoakan agar adik-adik yang mahu meneruskan perjuangan dalam pembelajaran walaupun banyak kekangan dan ujian yang melanda jangan mudah untuk berputus asa dan teruskan perjuangan anda.
Beliau juga menyampaikan sedikit pepatah untuk remaja di luar sana :
”Bermimpilah setinggi mungkin. Lalu berusaha dalam diam tanpa perlu bercerita tentang kerja keras kita kepada orang lain. Abaikan segala drama yang ada di sekeliling hidup kita. Biar suatu hari nanti kejayaan kita yang buktikan siapa kita di masa akan datang”
Keberanian Faustina membuat dia lebih bersemangat dan cekal meneruskan kerjaya beliau di sebuah syarikat sushi yang terkenal kini beliau memegang jawatan commis 3 selepas graduasi daripada SSTC.
Akhir sekali beliau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penasihat akademik beliau di sabah Skills and Technology centre iaitu Miss Rhasyeidah Binti Zullpikal kerana banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan , tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan beliau iaitu culinary batch 27.