sstc-logosstc-logosstc-logosstc-logo
  • About Us
    • Company Profile
    • Management Council
    • Our Members
    • Membership
  • Youth Training
    • Youth (Graduates Program)
    • Youth (School Leavers Program)
    • How To Apply
  • Corporate Training
    • List of Training Programs
    • Training Calendar
    • Online Registration
  • Centre Space
    • Learning & Event Spaces
  • Media
    • News & Updates
    • Digital Integrity Repository
  • Gallery
  • Downloads
  • Contact Us
✕

Karnival Kerjaya MYFutureJobs X Oil & Gas

22-23 Ogos 2026 | Sabah International Convention Centre (SICC)
Karnival Kerjaya MYFutureJobs X Oil & Gas telah berlangsung dengan jayanya, menghimpunkan pelbagai agensi, syarikat serta pemain industri minyak dan gas serta perkhidmatan berkaitan minyak dan gas (OGSE).
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji Noor. Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Yang Berhormat Datuk James Ratib, YBhg. Datuk Ir. (Dr.) Haji Bacho Pilong, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Petroleum Malaysia, PETRONAS serta YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia (KESUMA).
Karnival ini menyediakan platform kepada pencari kerja, khususnya anak-anak Sabah, untuk mendapatkan maklumat dan pendedahan mengenai peluang pekerjaan, perkembangan kerjaya serta keperluan tenaga kerja dalam sektor minyak dan gas, dan SSTC turut berbesar hati menjadi sebahagian daripada inisiatif ini dalam menyokong usaha memperkasa bakat tempatan melalui pembangunan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri.
Terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa mengunjungi reruai SSTC, khususnya kepada para pengunjung yang berkesempatan mencuba sendiri pengalaman AR/VR di reruai kami. Kehadiran dan keterujaan anda menceriakan lagi suasana sepanjang karnival!
Share

Related posts

Karnival Minggu Sains Negara 2026 Zon Sabah


Read more

Success Spotlight | Navigating Challenges, Building Mastery


Read more

Harvesting Specialist Closing Ceremony


Read more
© 2022 Sabah Skills & Technology Centre. All Rights Reserved.
Website Visitors :
224,306