Jelajah Karnival TVET 2024 Anjuran PTPK dan SSTC
12 Ogos 2024
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah mengadakan Program Jelajah Karnival TVET Zon Wilayah Sabah dan Sarawak pada 12 Ogos 2024. Program ini, bertemakan sektor hospitaliti, pelancongan, perladangan, dan pertanian, adalah kesinambungan dari jelajah sebelumnya di Melaka pada 29 Julai 2024. Tujuan program ini adalah untuk mendapatkan maklum balas langsung daripada Penyedia Latihan di Sabah dan Sarawak melalui sesi dialog dengan PTPK.
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, PTPK telah meluluskan pembiayaan kepada 92,102 orang dengan jumlah RM1.48 billion hingga 31 Julai 2024, termasuk 13,124 orang dalam sektor-sektor yang disebutkan, dengan pembiayaan RM187.65 juta. Kursus-kursus yang ditawarkan termasuk operasi servis makanan, pembuatan pastri, operasi seni kulinari, dan lain-lain.
Karnival ini juga berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan PTPK dan memberi masyarakat tempatan peluang untuk memahami inisiatif PTPK dalam meningkatkan bidang TVET. Selain itu, program ini menyaksikan sesi penyerahan Surat Penempatan Pekerja dan Sijil Penghargaan kepada majikan. Hadir dalam acara ini adalah YB Tuan Ts. Zahir bin Hassan, YB Tuan Rajiv Rishyakaran, dan YBrs. Encik Mohd Fathullah bin Mustafa.
Gambar sekitar Jelajah Karnival TVET 2024 anjuran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan Sabah Skills & Training Centre (SSTC) pada 12 Ogos 2024, semalam bertempat di Kota Kinabalu, Sabah.
Selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkasakan latihan TVET di Malaysia, program ini bertujuan memberikan pendedahan langsung kepada masyarakat setempat dan golongan sasar berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang majlis tersebut berlansung antaranya reruai pameran, sesi dialog, demonstrasi jabatan dan industri, temuduga terbuka serta aktiviti interaktif TVET.
Turut hadir ke majlis YB Tuan Ts. Zahir Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah PTPK, YB Tuan Rajiv a/l Rishyakaran, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah PTPK, Mohd Fathullah Bin Mustafa, Pengarah Kanan PTPK serta ahli lembaga pengarah dan pengurusan PTPK.
Program ini adalah kesinambungan daripada program Jelajah Karnival TVET yang pertama pada 29 Julai yang lalu anjuran PTPK dengan usahasama Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian & Keusahawanan Melaka (MISDEC).
——–
Sewaktu Program Jelajah Karnival TVET 2024 bertempat di Sabah Skills & Training Centre (SSTC) pada 12 Ogos 2024 juga, PTPK telah menganjurkan Sesi Dialog Bersama Penyedia Latihan Yang Berdaftar Dengan PTPK bagi sesi kedua Bil 2/2024.
Objektif sesi dialog ini dijalankan bagi menerangkan hala tuju PTPK berkaitan pembiayaan latihan kemahiran. Selain itu, PTPK turut membuka sesi soal jawab bersama dengan wakil-wakil penyedia latihan PTPK bagi mengemukakan soalan dan cadangan berkaitan perkhidmatan PTPK.
Sesi Dialog ini adalah juga kesinambungan daripada sesi dialong pertama sewaktu Jelajah Karnival TVET yang pertama pada 29 Julai yang lalu anjuran PTPK dengan usahasama Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian & Keusahawanan Melaka (MISDEC).
—–
Sewaktu Program Jelajah Karnival TVET 2024 bertempat di Sabah Skills & Training Centre (SSTC) pada 12 Ogos 2024, Lembaga Pengarah dan pengurusan PTPK turut berkesempatan untuk melawat kemudahan pembelajaran yang tersedia di SSTC.
SSTC menawarkan pelbagai kemahiran dan latihan teknikal yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja di Sabah. Antara jenis kemahiran yang ditawarkan adalah dalam bidang kejuruteraan mekanikal, elektrik dan elektronik, automotif, kimpalan, dan fabrikasi logam.
Berita RTM KK https://www.facebook.com/share/v/14eSCH92FD/