11 Mei 2026 – Sabah Skills & Technology Centre (SSTC) telah menerima lawatan daripada delegasi Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi yang diketuai oleh Tuan Shafaruddin bin Halide, Timbalan Setiausaha Tetap II.
Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik serta membincangkan peluang kolaborasi dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan berkemahiran di Negeri Sabah.
Pihak SSTC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian pihak kementerian mengadakan lawatan ke SSTC.
Semoga hubungan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi pembangunan pendidikan dan kemahiran di Sabah.




