Terima kasih kerana mengunjungi SSTC di Ekspo Kerjaya TVET Madani POLYCC Zon Sabah 2025! 
Bertempat di Politeknik Sandakan pada 27 – 28 September 2025, ekspo ini memberi peluang kepada kami untuk bertemu para pelajar melalui Temuduga Terbuka Kursus Bertaja Sepenuhnya bersama SSTC.
Majlis Penutupan Rasmi disempurnakan oleh YB Datuk Harun bin Durabi, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, dengan kehadiran Ybhg. Tuan Hassan bin Mahali, Setiausaha Tetap KSTI.
Semoga inisiatif ini menjadi permulaan perjalanan kerjaya melalui latihan kemahiran yang diiktiraf. 





