Perintah Kawalan Pergerakan: Cara-Cara Untuk Kekal Aktif dan Produktif Dalam Rumah!

COVID-19 adalah sesuatu yang tidak lagi asing bagi rakyat Malaysia. Pelbagai sektor seluruh dunia telah terjejas dan rakyat harus akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diisytiharkan pada 18 Mac 2020 yang lepas.
Ramai yang berpendapat bahawa perintah ini adalah satu seksaan bagi diri sendiri, oleh yang demikian, wujudlah penulisan ini untuk membuktikan bahawa kenyataan ini adalah salah.

PKP adalah satu ,blessing in disguise,. Untuk para pekerja, inilah satu-satunya masa untuk kita berehat setelah berkhidmat dalam sektor pekerjaan. Untuk para pelajar, manfaatkanlah masa yang telah diberi dengan perkara yang berfaedah demi kebaikan diri sendiri di masa hadapan.

Semenjak kerajaan memutuskan bahawa rakyat Malaysia perlu bekerja dari rumah untuk mengekang penyebaran COVID-19 (Syabas Kerajaan Malaysia!), ramai mengakui mereka mendapati tahap produktiviti menurun dengan mendadak. Secara umumnya, terdapat pelbagai pro and cons bekerja dari rumah, lantaran itu, Sabah Skills & Technology Centre telah menghimpunkan beberapa langkah untuk kita kekal aktif dan produktif sepanjang tempoh PKP
ini:

1. Create a STRICT work schedule.
Sejak alam persekolahan, Cikgu Kiah selalu menegaskan bahawa pentingnya untuk kita mengamalkan disiplin yang tinggi. Tetapkan waktu bekerja dan akur dengan jadual yang
telah diaturkan. Sebaiknya kita ikuti jadual rutin dalam pejabat.
Selain itu, elakkan tidur berlarutan kerana perkara ini terbukti akan menjejaskan jadual dan akan mengakibatkan kita mengalami ‘mood swing’.

2. DIVIDE your work and home zone.
Seeloknya, jauhi bilik tidur atau ruang tamu sebagai ruang bekerja dan pentingnya untuk kita memastikan ruang tersebut jauh daripada pencerobohan daripada ahli keluarga yang
tersayang. Maklumkan bahawa anda amat menghargai kerjasama pihak keluarga untuk tidak menganggu fokus anda semasa anda bekerja.

3. SET your break time.
Tahu bila perlunya untuk berhenti. Ketahuilah bahawa mengambil masa untuk berehat setiap jam adalah penting untuk kita kekal produktif. Akan demikian, mengambil rehat
yang melebihi masa juga akan menyebabkan perhatian kita terjejas. Do it right.

4. KEEP your workspace clean and tidy.
Persekitaran memberi impak yang besar terhadap mentaliti. Persekitaran yang kemas bererti permikiran yang produktif. ‘Out of sight, out of mind’ bak kata pepatah orang putih.

5. UPDATE your colleagues and boss.
Ramai yang memandang ringan akan hal ini tanpa mengetahui bahawa inilah kunci kejayaan dalam seseorang dan juga kumpulan. Memberi laporan dari semasa ke semasa
bukan sahaja mengukuhkan komunikasi antara rakan sekerja, tapi ianya juga akan meningkatkan produktiviti melalui pencegahan daripada melakukan tugas yang sama.
Sekian sahaja daripada pihak SSTC dalam sesi perkongsian hari ini. Stay Active, Stay Productive, Stay Home and Stay Safe!

 

By,

Amanda
Management Trainee
SSTC